14.12.08

Gotong-Royong BPPMIS

Pada 13 hb 2008, kakitangan Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan serta kawasan di bangunan berhampiran blok Urusetia PIBG SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SK(A) DHAKH).

Gotong-royong yang melibatkan hampir 40 orang termasuk kakitangan BPPMIS, fasilitator-fasilitator Program Kem Baca Pintar, anggota RELA serta staf sokongan SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan bermula sejak pukul 8.00 pagi lagi selepas sesi bacaan doa dari Ustaz Muhd. Ihsan dan taklimat dari Pengarah BPPMIS, Datu Dr Adi Badiozaman.

(Taklimat dari Pengarah BPPMIS, Datu Dr Adi Badiozaman)


Bangunan yang terletak berhampiran bilik Urusetia PIBG sekolah ini akan digunakan untuk meneruskan program membangunkan jati diri, baca pintar dan pembinaan bakat.

Tiga kumpulan dibahagikan untuk kawasan bawah bangunan, tingkat atas dan juga sekitar kawasan bangunan.

Kami berehat untuk minum pagi jam 10.00 dan menyambung kerja setengah jam kemudian. Komitmen tinggi yang diberi oleh semua telah mempercepatkan proses pembersihan ini dimana selepas kami makan tengahari yang menyelerakan, kerja pembersihan ini siap sepenuhnya jam 2 petang.

(kelihatan Sidek ingin makan lagi)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong-royong ini, pengorbanan ini demi anak-anak yang akan belajar di situ pada masa yang akan datang, komitmen yang diberi amat dihargai walaupun ramai juga yang kena luka-luka kecil ditangan dan dahi Cikgu Zamhari tercalar namun kerja diteruskan juga. Tidak ketinggalan kepada Cikgu Salim yang bersusah-payah menyukat pelan lantai (floor plan) untuk kerja pembaik pulih bangunan termasuk memasang jubin pada lantai.

Diharap jalinan silaturrahim diantara kita lebih erat dan dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang.

(fesyen 'mask' menutup rambut versi Yaakub, Normala membelakangi kamera sebab nasi belum habis lagi daa...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan