4.9.09

AKTIVITI PELAJAR SARAWAK DI SEMENAJUNG

Satu catatan untuk rujukan sesama kita tentang aktiviti pelajar Sarawak di Kuala Lumpur.

1.9.09

Taklimat & Mesyuarat Badan Penasihat Biro Perkhidmatan Pendidikan Masjlis Islam Sarawak

Tarikh: 2 September 2009 (Rabu)
Masa Mula: 9.30pm
Tempat: Bilit Mesyuarat, BPP MIS

17.8.09

Bengkel Pasca Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam Sarawak

Peserta-Peserta Pasca Kolokium Pendidikan Mahasiswa

Pada 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaaban 1430H iaitu hari Sabtu lepas, BPPMIS telah menganjurkan satu bengkel yang merupakan kesinambungan dari Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam yang diadakan pada 18-19 Julai 2009 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang, Kuching.

Tujuan dan Objektif bengkel ini membolehkan peserta-peserta;

1. Mengenalpasti masalah kritikal yang dihadapi oleh Mahasiswa
2. Mengenalpasti dan membincang punca masalah tersebut
3. Memikir dan mencadang langkah-langkah penyelesaian
4. Merangka Pelan Tindakan

Seramai 15 orang peserta mendaftar dari kalangan mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL). Tidak ketinggalan wakil dari Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) iaitu Saudara Muhammad Afiq Asyraf bin Soepirman.

"Brain storming" telah dilakukan oleh penyelaras bengkel dan juga Timbalan Pengarah BPPMIS Dr Haji Zulwali Kifli Merawai dibantu oleh Pegawai Penyelidik Kanan Encik Bolhan Omar bagi menganjak minda membincangkan isu-isu yang tertanam di dalam jiwa mereka.

Setelah itu, Muhammad Afiq (PERKEPIS) dilantik sebagai ketua membincang masalah-masalah yang berlaku dan hasilnya mereka mendapati 9 isu yang harus dibincangkan, seperti;

1. Sosial dalam kalangan pelajar yang negatif seperti pergaulan bebas, salah pilih kawan dan masalah kewangan.

2. Keciciran pelajaran seperti tidak minat terhadap pelajaran, pengurusan masa, kurang kemudahan, kurang bimbingan dari segi pengajaran

3. Masalah peribadi seperti cinta, kurang bertanggung jawab terhadap diri dan tidak dapat menghadapi tekanan.

4. Kurang didikan agama dari ibu bapa, dasar kerajaan, agensi penguatkuasa lalai dan sambil lewa serta kurang guru agama.

5. Pengaruh media massa yang kurang program berbentuk ilmiah, hiburan yang melampau, internet kurang tapisan dan penyalahgunaan media.

6. Kurang atau terlebih perhatian ibu bapa yang lebih mementingkan duniawi @ ukhrawi, pilih kasih, terlalu tegas, kurang ilmu dalam keibubapaan dan latar belakang didikan ibu bapa.

7. Kurang penghayatan dan amalan ilmu seperti malas dan bodoh sombong, tidak faham konsep ilmu dan tiada kesedaran tentang ilmu.

8. Pengaruh aktiviti luar yang kurang berfaedah seperti kejutan budaya, inginkan keseronokan, kurang pendedahan dan persekitaran.

9. Pengurusan institusi yang kurang efektif serta aktiviti yang tidak menarik.

Setelah perbincangan mengenalpasti punca masalah & mencadang langkah penyelesain dibuat peserta-peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan diberi 3 isu seperti di atas untuk dibentangkan selepas jamuan tengahari dan solat Zohor.

Dr Haji Zulwali sangat kagum dengan usaha para peserta membentangkan isu-isu tersebut dengan buah fikiran mereka yang mengikut peredaran masa kini. Beliau berharap semangat ini berterusan demi rakan-rakan yang kurang bernasib baik agar dapat bersama-sama meneruskan perjuangan dalam membangunkan modal insan yang berterusan.

Disertakan gambar sebagai kenang-kenangan bersama.

Wassalam..


Mohd. Zulhelmi b Haji Rahim


Zailani b Hassan


Roshidah bt Bohari


Ruhaya Kassim



Nurshamin bt Masni




Nurismi bt Ismaili



Nurhain bt Abu Bakar


Nor-Ashila bt Aladdin

Nur Ain bt Majit


Norizuwan b Irwan Syah


Haneefa Aniza bt Hassan


Muhammad Azizul b Suhaili