
Sebelum ini saya biasa mengadakan bengkel dan kelas bimbingan penulisan, tetapi para pesertanya yang muda adalah lepasan SPM dan paling tua setakat ini berusia lebih 50 tahun - dua tiga tahun sebelum peserta berkenaan bersara.
Kem Bakat Penulisan Kreatif di SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dari 17 November hingga 5 Disember 2008 menimbulkan cabaran baru kerana para pesertanya adalah pelajar Darjah 6 ke bawah. Wow.... apa yang boleh ditulis oleh budak Darjah 6? Begitulah reaksi saya apabila diberitahu mengenai projek itu.
Maka saya terus juga menyediakan modul bahagian penulisan puisi dan menyerahkan penyediaan modul untuk bahagian penulisan dcesktriptif dan naratif kreatif kepada Cikgu Beb Sabariah dan Cikgu Khatem Ariffin.
Semasa menyediakan modul itu Profesor Zainal bekas pensyarah USM datang ke pejabat dan sempat diberi taklimat mengenai kandungan dan metodologi yang saya gunakan dalam modul itu. Profesor Zainal yang kemudiannya saya diberitahu seorang pakar rekaan modul pendidikan telah memberi review yang positif terhadap modul itu kepada Pengarah BPPMIS.
Apabila kem penulisan berjalan jumlah peserta yang asalnya 11 orang bertambah menjadi 17 orang dan daripada irtu hanya 2 orang lelaki. Teruk begitu rupanya keadaan penyertaan lelaki sehingga hanya dua orang tampil untuk menyertai kem itu.
Tak apalah. Yang lebih membimbangkan saya ketika itu ialah kemampuan pelajar semuda itu memahami konsep penulisan naratif kreatif dan puisi.
Kem berjalan pada dua minggu pertama di bawah bimbingan Cikgu Beb Sabariah dan Cikgu Khatem dan saya hanya tampil pada minggu ketiga. Kebetulan minggu ketiga itu pula sibuk benar dengan persiapan penutupan yang telah diangkat tarafnya. Disebabkan saya terlalu sibuk maka ada suatu hari kelas terpaksa diserahkan kepada Khatem.
Saya menjadi cukup kagum apabila menerima pen drive daripada Beb Sabariah dan Khatem dan mendapati karya dihasilkan oleh para peserta cukup menarik.
Anda boleh membaca sebahagian karya-karya itu kalau anda berkunjung ke http://kuntumkarya-bppmis.blogspot.com/. Dengan rendah hati saya persilakan anda ke laman itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan