Saya lahir di Hospital Serian di penghujung tahun 1977. Disebabkan bapak dinaikkan pangkat 'sarjan', maka kami sekeluarga berpindah ke Daerah Debak Saribas ketika saya baru nak masuk usia setahun iaitu pada tahun 1978.
Ketika usia tersebut, apalah yang saya tahu sehinggalah saya masuk tadika (sekarang tabika). Sebenarnya saya kurang ingat apa yang berlaku ketika zaman saya kanak-kanak, cuma ingat sedikit berpandukan album gambar yang saya terjumpa dalam kotak yang berdebu sebentar tadi.
(sekadar gambar hiasan)
Zaman tadika saya seperti zaman kanak-kanak sekarang cuma mungkin pembelajarannya agak berbeza dari segi silibus yang diajar cikgu. Saya belajar huruf vokal A, E, I, O, U dan juga konsonan-konsonan yang lain tiap-tiap hari, termasuk lah nombor 1 hingga 10.
Akan tetapi, saya amat menggemari sesi rehat (he he he), ini kerana kami dilibatkan untuk menyediakan makanan. Kesukaan saya ketika itu ialah mee segera berjenama 'Happy' (ingat lagi hi3) bungkusannya warna hijau perisa ayam. Selain itu, banyak lagi menu cuma ia bertukar setiap hari.
Selepas itu kami sebagai kanak-kanak riang yang tidak kenal erti merbahaya, kotor mahupun jijik, bermain tanpa kasut mahupun selipar, berlari-lari sampai ada yang menangis, barulah berhenti sekejap. Tapi itulah kegembiraan kami masa itu walaupun cikgu kurang alat mengajar.
Saya dipaksa belajar mengaji ketika usia 6 tahun lagi. Sebelum mengaji pasti ada adegan kejar mengejar diantara saya dan mak sambil beliau memegang sebiji bawang merah ditangan. Jiran-jiran yang pelbagai kaum di 'barrack' riuh rendah, ada yang ketawa ada yang menahan kegarangan mak saya ketika itu..sekarang beliau ok. Guru saya pulak tidak lain tidak bukan ialah bapak saya sendiri..dia ok 'sporting'.
Setahun kemudian, saya masuk darjah 1 di SK Dato' Bandar Debak. Saya tak kan lupa hari pertama saya masuk, saya dicekik oleh dua orang budak iban, namanya Mattheus dan Thomas.
Saya menangis teresak-esak sambil mereka memperli saya budak putih macam pondan.
Keesokkan harinya, saya tetap datang ke sekolah dengan membawa beg plastik hitam yang sentiasa bertukar tiap-tiap hari dengan lain-lain warna bergantung jika plastik tersebut terkoyak. Ketika itu, plastik lah beg sekolah saya untuk diisi buku-buku latihan sehinggalah saya dapat tempat ke 5 dalam kelas, bapak belikan beg yang saya guna hingga darjah 4.
Berbalik kes buli tadi, saya tidak memberitahu dengan bapak, cuma dengan mak itu pun sebab mak perasan leher saya merah-merah. Lagipun sebagai anak ketua balai polis, saya dan abang-abang agak popular tapi saya tidak pernah untuk berlagak mahupun tunjuk bagus sebab mak sudah pesan dari kecil lagi. Dengan tidak semena-mena, bapak dengan uniformnya datang ke kelas dan jumpa Mattheus dan Thomas sambil membawa gari. Muka mereka pucat sebab bapak saya hendak bawa mereka ke balai tapi saya pegang bahu mereka dan saya kata mereka kawan saya. Sejak dari hari itu, kami berkawan rapat sehingga kami hebat berpasangan dalam acara sukan..rumah biru 'forever' he3. Ketika itu, saya amat fasih berbahasa iban sehinggakan mak saya kata bahasa iban seperti bahasa ibunda saya. Malangnya kini saya tergagap-gagap untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Dari darjah 1 hingga 4 saya bersekolah di SK Bandar Debak. Lagu sekolahnya saya tidak pernah lupa melodinya. Saya bermain dan belajar di daerah itu dengan gembira. Seingat saya, subjek muzik adalah subjek yang sungguh seronok dimana kami diberi peralatan muzik yang kira baik pada masa itu. Saya belajar menari, berlakon, tilawah Al-Quran dan Azan, mengarang pantun, melukis serta bersukan tanpa ada rasa penat dan lelah.
Tamatnya saya menuntut di darjah 4, sekembalinya bapak dan mak saya pulang dari mengerjakan ibadah haji, kami sekeluarga berpindah sekejap di Bandar Kuching dan terus duduk di Daerah Serian sehinggalah sekarang.
Kepada cikgu-cikgu zaman saya tadika, saya memohon maaf kerana tidak ingat nama cikgu dan wajah cikgu, saya bukan lupa cuma tidak ingat. Sesungguhnya bimbingan awal cikgu-cikgu memulakan langkah saya menjadi pelajar...terima kasih tidak terhingga.
Kepada cikgu Ramli (Guru Besar SK Dato' Bandar Debak), cikgu Azmah serta suami, dan cikgu-cikgu lain yang juga saya kurang ingat nama dan wajahnya..percayalah saya sebagai salah seorang murid anda mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Dengan adanya ruang dan peluang murid-murid kini, agar menganjak paradigma mereka ke arah pembangunan jati diri, bakat-bakat serta menjadikan budaya membaca sebagai budaya kekal hidup dengan bimbingan cikgu-cikgu dan didikan ibu bapa.
Terima kasih
Dato Bandar, Kami tak kan lupa, tempat kami, belajar bekerja, Ku tak lupa, Sekolah yang berjasa, bimbingan mu, membawa bahagia.. Sekolah kami berbagai aktiviti (yang lain dah tak ingat he3)
Terima kasih Cikgu.........!
Mohamad Adha b Haji Mahli Ketika usia tersebut, apalah yang saya tahu sehinggalah saya masuk tadika (sekarang tabika). Sebenarnya saya kurang ingat apa yang berlaku ketika zaman saya kanak-kanak, cuma ingat sedikit berpandukan album gambar yang saya terjumpa dalam kotak yang berdebu sebentar tadi.

SK Dato' Bandar Debak
1984-1987
Tiada ulasan:
Catat Ulasan