25.1.09

RESOLUSI KONGRES ISLAM MALAYSIA TIMUR

Berikut kita siarkan dokumen berkaitan Resolusi dicapai dalam Kongres Islam Malaysia Timur yang berlangsung di Kuching pada tahun 1968 untuk makluman dan rujukan bersama menjelang Kongres Islam Sarawak 2009 di Hotel Grand Margherita, Kuching dari 10 hingga 12 Februari 2009.







USUL-USUL KONGRES ISLAM MALAYSIA TIMUR


PERNYATAAN RASMI, mengenai pengesahan USUL-USUL (Resulusi) yang telah diluluskan oleh sidang perwakilan Kongress Islam Malaysia Timur Sarawak 1968, dalam persidangan penuhnya pada 3hb. hingga 5hb. May, 1968, bertempat di Dewan Masyarakat Kuching.


Kertas Kerja No. 1: ZAKAT DAN FITRAH DAN KEGUNAANNYA

Ditulis oleh: Al-ustaz Hj. Abdul Kadir Hassan

Pengerusi sidang: Al-Ustaz Mohd. Mortadza Hj. Daud.


Keputusan Yang Telah Diluluskan:—


1. Patutlah ditiap-tiap daerah dan bahagian dalam Negeri Sarawak diadakan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah untuk membantu Majlis Islam di dalam menguruskan pungutan Zakat dan Fitrah.

2. Patutlah Zakat dan Fitrah ini diambil terlebih dahulu daripada cukai pendapatan (Income tax).


3. Patutlah diadakan guru-guru agama dan mubaligh, dan pelajar-pelajar agama dihantar belajar keluar negeri seberapa banyak yang boleh.


4. Kongress ini mendesakkan Kerajaan supaya memberi keizinan kepada pegawai-pegawainya saperti Residen-Residen, Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai Pentadbiran dan Pegawai-pegawai lain yang difikir perlu untuk membantu badan-badan tabung Zakat Fitrah Majlis Islam.


5. Kongress ini bersetuju supaya sebuah badan ditubuhkan khasnya untuk memikir cara-cara melaksanakan pungutan Zakat harta perniagaan dan perusahaan. Di antara cara-cara ini adalah dicadangkan Majlis Islam membuat borang rasmi yang lengkap yang akan dihantar kepada orang-orang Islam yang difikirkan layak berzakat untuk diisi dan dikembalikan kepada Majlis Islam. Dari kenyataan diberi itu dapatlah kadar hartanya diketahui dan Zakat yang akan dikena padanya.


6. Kongress berkehendak supaya Badan Tabung Zakat Fitrah Majlis Islam menyebar dengan seluas-luasnya penyata-penyata berhubung dengan penjelasan Zakat dan Fitrah di negeri Sarawak.


Kertas Kerja No. 2: EKONOMI DALAM ISLAM

Ditulis oleh: Y.B. Encik Abdul Taib bin Mahmud dan Encik Bujang Mohd. Nor, A.M.N.

Pengurusi sidang: Encik Dawi bin Abdulrahman, A.B.S.


Keputusan yang Telah Diluluskan


1. Kongress ini berpendapat bahawa dalam galakan kepada orang-orang belajar, perhatian berat hendaklah diberi kepada perusahaan dan perdagangan.


2. Bahawa kursus Ekonomi Rumahtangga patutlah diperluaskan lagi bagi pihak kaum wanita.


3. Bahawa dalam kursus tata rakyat untuk orang-orang Islam, Kongress mendesak Kerajaan supaya pensyarah-pensyarah agama hendaklah dimestikan mengambil bahagian.


4. Bahawa orang-orang Islam digalakkan menyimpan wang dalam bank dan faedah didapati diserah kepada Majlis Islam untuk kegunaan ‘Am.


5. Bahawa Kongress berpendapat patutlah sebuah syarikat permodalan ditubuhkan untuk orang-orang Islam.


6. Kongress ini berpendapat bahawa insurance itu adalah satu perkara yang penting bagi menjalankan perdagangan.




Kertas Kerja No. 3: PELAJARAN DIKALANGAN ORANG ISLAM

Ditulis oleh: Encik Jamuri bin Serjan

Pengurusi sidang: Encik Marican bin Salleh


Keputusan Yang Telah Diluluskan


1. Sekurang-kurangnya dalam semua sekolah-sekolah yang ada banyak murid-murid daripada bangsa Melayu, maka hendaklah Bahasa Kebangsaan dijadi bahasa penggantar.


2. Kongress ini mendesak Kerajaan membatalkan Peperiksaan Common Entrance Examination, kalau peperiksaan itu tidak dapat dihapuskan di sebabkan oleh satu-satu perkara, Kongress ini mendesak Kerajaan supaya ditubuhkan kelas-kelas Transition untuk murid -murid bumiputera yang gagal didalam peperiksaan di atas.


3. Pelajaran Islam dijadikan satu mata pelajaran yang dimestikan (Compulsory) bagi murid-murid Islam di sekolah-sekolah Kerajaan, mission dan lain-lain.


4. Patutlah. sekolah-sekolah kanak-kanak (Kindergarten) ditubuhkan khasnya untuk anak-anak orang Islam.


5. Patutlah kutubkhanah-kutubkhanah Islam didirikan sama ada di daerah-daerah atau pun di Kuching yang akan dibiyaie oleh Majlis Islam.


6. Kongress ini meminta Majlis Islam dan Badan Tabung Zakat dan Fitrah mengelolakan kursus-kursus agama untuk imam-imam masjid dan surau-surau.


7. Kongress mendesakkan supaya sekolah-sekolah mengadakan Hari Muhibbah (Hari Ibubapa) sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun untuk merapat lagi perhubungan di angara guru-guru dan ibubapa.


8. Kongress mendesak Radio Malaysia Sarawak mengadakan ruangan pendidikan dan pakar pendidikan dijemput dari Malaysia Barat untuk memberi syarahan-syarahan mengelola rancangan ini.



Kertas Kerja No. 4: ADAT MEMATIAN DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK

Ditulis oleh: Encik Abang Hj. Yusuf Puteh. A.B.S.

Dipengurusi oleh: Al-ustaz Hj. Abdul Kadir Hassan


Keputusan Yang Telah Diluluskan


1. Kongress berpendapat bahawa adat-adat yang tidak berbau ugama dan merusakkan ekonomi orang-orang Islam patutlah dihapuskan.


2. Kongress mendesak supaya Majlis Islam membuat peraturan-peraturan dalam hal kematian yang berkaitan dengan ugama dan adat-adat yang patut diikuti.


3. Kongress berpendapat bahawa sifat tanding-menanding orang-orang Islam mestilah diubah seperti galakan kepada orang-orang Islam tolong-menolong dalam hal kematian selaras dan sesuai dengan ajaran Islam.


4. Majlis Islam hendaklah mengadakan banyak mubligh-mubligh bagi menerangkan ajaran Islam di mesjid-mesjid dan surau-surau mengenai kematian untuk menghapuskan adat-adat yang karut dan yang merusak ekonomi umat Islam.


5. Di antara khutubah Jumaat menerusi siaran radio hendaklah dibuat satu mauduk memberi penerangan mengenai syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Islam.


6. Kongress mengesa supaya masyarakat Islam di kampong-kampung mengadakan badan-badan yang menyediakan kelengkapan kematian dengan percuma.


7. Membuat satu surat perkelilingan kepada mereka yang berkenaan iaitu masjid-masjid, surau-surau dan kelab-kelab belia mengenai apa yang ditegah dan apa yang disuruh oleh ugama Islam dalam soal kematian.


8. Di dalam kursus tata rakyat orang Islam Kongeres mendesak Kerajaan supaya syarahan agama Islam dimasukkan juga.


9. Kongress memuhun Majlis Islam mengkuatkuasakan undang-undang Islam Melayu Sarawak Bab. 12 mencegah orang-orang Islam mengikut kebudayaan kuning.



Kertas Kerja No. 5: KEDUDUKAN ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA TIMUR

Ditulis oleh: Y.B. Encik Abdul Taib Mahmud

Pengerusi sidang: Encik Abu Bakar Tintingan, A.M.N., A.D.K., (Sabah)


Keputusan Yang Telah Diluluskan


1. Kongress berpendapat bahawa patutlah pelajaran mengenai sejarah kemajuan Negara-Negara Islam diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan kepada orang Islam.


2. Kongress mengesa badan-badan yang berkenaan mempercepatkan terjemahan kitab suchi Al-Quran dan buku-buku ajaran Islam lain ke dalam bahawa China, Iban, Kadazan dan bahasa lain yang difikir mustahak dan penting.


3. Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi orang-orang Islam memikirkan cara-cara hendak melancarkan pekerjaan mubligh (missionary work). Sebagai langkah yang pertama ialah diadakan rayuan kepada Negara-negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di Malaysia supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai perbelanjaan rancangan tersebut.


4. Kongress mendesak Majlis Islam Sarawak:


a. Supaya menimbangkan cara-cara hendak mendirikan sebuah sekolah perintis yang akan memberi tempat kepada murid-murid Islam dari seluruh Bahagian dalam Negeri Sarawak dan berunding dengan pihak yang sudah mengadakan sekolah-sekolah agama untuk memperkuatkan lagi pelancaran ajaran Islam.


b. Supaya undang—undang pertubuhannya dipinda agar wanita dapat dilantik menjadi seorang ahli dalam badan Majlis Islam.


c. Supaya membuat dan menjaga pendaftaran semua pegawai masjid dipinda mengikut taraf perbelanjaan hidup dari satu masa kesatu masa.


d. Konggeres meminta Majlis Islam Sarawak supaya memikir tangga gaji yang tertentu bagi seluruh Negeri Sarawak untuk pegawai-pegawai dan kakitangan masjid-masjid dan surau-surau.


5. Kongress mendesak Kerajaan supaya gaji pegawai-pegawai masjid dipinda mengikut taraf perbelanjaan hidup dari satu masa kesatu masa.


6. Kongress ini merayu supaya pihak yang berkenaan untuk mengembalikan kepada Umat Islam Sarawak bangunan James Brooke Malay College (Madarasah Melayu) supaya dapat digunakan sebagai sekolah Agama bagi Negeri Sarawak (Sabah)


7. Kongress ini berasa dukacita bahawa negeri Sabah tidak ada mempunyai badan Agama yang tertentu seperti dalam 12 buah negeri dalam Malaysia ini. Dari itu Kongress ini merayu kepada Kerajaan supaya diadakan badan seperti Majlis Islam di Negeri Sabah.


8. Untuk menguatkan perhubungan di antara Sarawak dan Sabah dan untuk memperiratkan rasa keagamaan dalam kedua-dua buah negeri ini, Kongress ini merayu kepada Kerajaan supaya badan perhubungan diadakan untuk Malaysia Timur. Tugas badan ini adalah untuk menjalankan kuat kuasa yang diadakan oleh Majlis Islam dan Kerajaan Sabah dalam perkara untuk kepentingan bersamaan.


9. Mendesak kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya Sarawak dan Sabah sama diperbincangkan dalam soal Agama dipersidangan masyarat Raja-Raja Melayu.


10. Kongress ini serta Umat Islam di Malaysia Timur merasa kesal atas I.G.C. Report disebabkan Agama Islam tidak diberi perhatian. Manakala dalam persidangan tersebut Agama Islam di Sarawak dan Sabah telah tidak diberi sama taraf dengan Agama Islam di Malaysia Barat.


Kongress meminta kepada Kerajaan walaupun perlembagaan Persekutuan Malaysia Terpaksa dipinda, supaya negeri Sarawak dan Sabah diberi kedudukan yang sama dengan Negeri Pulau Pinang dan Melaka, iaitu di bawah jagaan Duli Yang Maha Sri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.


11. Mendesak Kerajaan Negeri supaya peruntukan Majlis Islam ditambah agar dapat Majlis Islam menjalankan tugas-tugas yang diserah oleh Konggeres.


12. Majlis mengesa kepada Konggeres supaya merunding dengan badan-badan lain yang berkenaan supaya boleh mengadakan satu konggeres Islam bagi seluruh Malaysia.


13. Kongress ini menyukung permuhunan Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PKIS) merayu kepada Kerajaan Sarawak supaya diberi sebidang tanah untuk mendiri bangunan PKIS seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan.


Teks diimbas oleh Saiee Driss dengan penyunting yang minimum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan