2.1.09

Kenapa Allah Memberi Kesakitan dan Penderitaan


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap berkaitan banyak perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah S.W.T, tukang gunting itu pun berkata " Saya tak percaya Allah itu Wujud "

''Kenapa Kamu berkata begitu?" tanya si lelaki itu.

"Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa begitu ramai orang sakit di luar itu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku" jawab tukang gunting.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak tetapi tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mashu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki itu pun keluar dan pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut yang tidak terurus. Si lelaki itu pun berpatah balik ke kedai rambut tadi dan berkata ''Kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting jugak tidak wujud?".

Tukang gunting yang kehairanan bertanya kembali, ''Kenapa kamu berkata begitu sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu tadi".

Dengan pantas si lelaki itu menjawab, ''Tidak! Kalau tukang gunting itu wujud sudah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu".

"Ah! Tukang gunting memang wujud. Lelaki itu jadi macam itu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnye!", marah lelaki itu setelah dituduh begitu.

"Tepat sekali!", kata si lelaki itu lagi.

"That's the point! Allah jugak wujud. Itulah yang terjadi (keperitan dan penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan".

Oleh demikian, sama-samalah kita berdoa agar amal ibadat kita diterima sebagai tanda kita mengingati-Nya dan sedarlah bahawa rakan-rakan Islam di Israel ditimpa penderitaan akibat peperangan setelah berapa dekad bukan saja tegal isu perebutan tanah suci tetapi mungkin kerana kealpaan mereka terhadap Allah S.W.T. dan tugas kita untuk memperingati mereka untuk kembali ke jalan yang benar yang belum kesampaian.


(Jika terdapat kesilapan atau ketidaksahihan dalam tazkirah yang diperoleh daripada emel ini, adalah menjadi tanggungjawab orang yang mengetahui untuk menegur dan memperbetulkan pos blog ini supaya emel-emel ini tidak berterusan jika tidak sahih atau memberi tanggapan yang salah terhadap Islam yang sebenar. Komen dan ulasan amat dialu-alukan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan