18.11.08

YAAKUP DAH ADA BLOG, HEI....

Tahniah kepada Yaakup kerana dah ada blog sendiri, walaupun baru dua entri pendek tetapi dah ada.

Dalam entri keduanya Yaakup bercakap tentang mencari kebahagiaan. Berat topiknya, tapi Yaakup memang bukanlah orang yang terlalu happy-go-lucky, kerana dia seorang yang serius tetapi cool.

Untuk mendapat akses ke blognya klik sahaja di atas nama Yaakup di sini atau yang dihighlight bawah di atas tadi atau urlnya http://puncakserapi.blogspot.com/. Saya yakin kita akan lebih mengenali hati budi Yaakup melalui blognya kelak.

Saya ada cadangan mengadakan sesi pertemuan bloggers pada pagi Sabtu di pejabat dan dah dapat kebenaran Pengarah untuk aktiviti itu. Masa tu pesara-pesara dan orang veteran yang ingin memiliki blog dan mengemaskini blog boleh datang seambil kemaskini blog dan berbincang perkara-perkara yang bermanfaat.

Rasanya Yaakup dan staf-staf yang ada blog tetapi masih perlukan bimbingan bolehlah datang sama untuk mengisi blog masing-masing.

Dengarnya Encik Zaini juga nak wujudkan blognya. Selamat berblog semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan