18.11.08

GRUP BPPMIS DI FACEBOOK



Terima kasih dan tahniah harus diberikan kepada Pegawai ICT kita, Shahriman yang telah membuka sebuah grup komunikti blogger di FACEBOOK. Mereka yang menjadi ahli Facebook besar kemungkinan sudah mengetahui hal ini tetapi belum mendapat untuk menjadi ahli grup berkenaan.

Untuk melihat paparan grup itu sila klik di sini atau pada url berikut ini: http//www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=34766832644
.
Dengan mewujudkan grup itu, kita kini mempelawa orang ramai untuk mengenali BPPMIS di medan terbuka, yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Memang ada kemungkinan mereka yang kurang menyenangi kehadiran Biro akan berkunjung.
.
Bagaimanapun kita juga akan mempunyai sahabat dan rakan yang menyokong dan bersetuju dengan usaha-usaha kita.
.
Sesuai dengan itu kita harus menyokong usaha publisiti dilakukan oleh Shahriman di satu medan yang cukup popular sekarang di seluruh dunia. Member Facebook termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad, di samping ramai ahli politik dan budayawan serta ramai artis terkenal dalam dan luar negara.
.
Banyak maklumat disalurkan di situ, terutama berkenaan grup dan gerakan kumpulan komunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan