24.11.08

Pengenalan Kepada FACEBOOK

Bagi sesetengah orang yang mungkin kurang arif atau baru sahaja mengenali dan mendengar Facebook di radio, ruang ini merupakan pengenalan kepada konsep e-komuniti.


Sepertimana Friendster, WAYN, Myspace dan banyak lagi e-komuniti lain, laman web ini bertujuan untuk membina rangkaian perhubungan sama ada melalui emel yang telah diketahui atau cara lain yang boleh diperjelaskan dengan lebih lanjut. Facebook juga membolehkan rakan atau kenalan berhubung dengan messenger seperti konsep Messenger lain seperti MSN Live Messenger, Yahoo Messenger, Skype dsbnya. Secara amnya, fungsi-fungsi lain yang menarik di dalam Facebook:-
  • Wall-to-Wall: fungsinya seperti papan notis yang membenarkan rakan-rakan untuk meninggalkan pesanan
  • Photos: seperti Friendster yang membolehkan anda membuat album gambar membenarkan rakan-rakan untuk melihat perkembangan di samping boleh meninggalkan komen
  • News Feed: setiap kali login ke akaun anda, ruangan ini dipaparkan untuk memaklumkan perkembangan akaun Facebook rakan-rakan lain yang mungkin menambah atau meninggalkan komen pada gambar baru di ruangan Photos atau Komen baru di Wall masing-masing.
  • People You May Know: ruangan ini sentiasa memaparkan tiga rakan lain yang mungkin dikenali oleh anda melalui pemadanan automatik yang dibuat oleh Facebook. Sebagai ilustrasi, jika anda mempunyai KWN1 & KWN2 di dalam akaun anda dan KWN3 merupakan kawan kepada KWN1 & KWN2, KWN3 akan dipapar diruangan ini. Dengan ini, anda boleh berjumpa dan menambah kawan-kawan yang dikenali tanpa menggunakan emel ke senarai rakan Facebook anda.
  • Search: Selain itu, Search juga boleh digunakan untuk mencari rakan-rakan anda yang telah berdaftar di Facebook. Namun, syaratnya hanya jika Rakan anda menggunakan nama sebenar kerana adakalanya nama samaran digunakan yang menggagalkan usaha anda.
  • Group: Ini merupakan trademark Facebook yang direkomen secara peribadi. Walaupun konsepnya telah digunakan tapi penyampaian dan kemudahannya amat mengagumkan. Sebagai contoh, anda boleh mencari grup sekolah anda atau membinanya grup anda yang tersendiri. Dengan demikian, apabila anda atau rakan anda menyertai satu-satu grup anda akan dapat melihat ahli-ahli grup yang lain yang mungkin rakan-rakan lain yang tidak terdapat dalam senarai anda.
  • Events: Jika terdapat satu temasya, kursus, alumni, makan malam atau apa saja upacara, Facebook membolehkan ahli-ahli Facebook yang berminat atau dijemput untuk mengkonformasi kedatangan dan seterusnya memaparkan siapa yang bakal hadir atau tidak kepada ahli lain.

Fungsi Group dan Events juga mempunyai Wall dan Photos yang tersendiri yang membuatkan mana-mana ahli untuk menyumbang gambar melalui album gambar akaun masing-masing. Oleh demikian, diharap penjelasan ini akan menimbul minat anda untuk menyertai dengan membuka akaun anda hari ini. Sebagai info tambahan dan penutup, pemimpin-pemimpin negara apatah lagi artis-artis terkenal tanahair juga mempunyai Facebook yang membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka melalui dunia tanpa batasan - Internet.

1 ulasan:

  1. Untuk makluman yang lain, Sdr Shahriman kita sudah memulakan Grup Remaja BPP untuk menghimpun remaja-remaja yang pernah mengikuti dan meminati aktiviti BPPMIS.

    Galakkan rakan anada untuk menyertai GRUP ini.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi shah@bppmis.com

    BalasPadam