25.11.08

LAPORAN DARI SRI AMAN

PROGRAM MATEMATIK
SRI AMAN
"FUN WITH MATHEMATICS"



Bermula pada 24 November 2008 (Isnin), majlis penutupan dan penyampaian sijil aktiviti yang berlangsung pada hari ini (25 November 2008) telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Sri Aman - Y.Bhg. Tuan Abg. Shamshuddin bin Hj. Abg. Seruji.


Pada hari pertama, aktiviti dimulakan dengan Ice breaking dan pembahagian kumpulan untuk 91 orang murid yang telah hadir. Kursus ini mensasarkan 100 orang murid darjah 5 daripada 3 buah sekolah iaitu SK Abang Aing, SK Agama MIS Sri Aman dan SK Sri Aman yang diiringi oleh 5 orang guru sepanjang aktiviti. Objektif kursus ini adalah untuk meningkat minat murid dalam subjek Matematik. Selain itu, kursus ini juga berharap murid akan dapat meningkatkan kemahiran komputansi dalam matapelajaran tersebut melalui teknik-teknik yang diajar dan aktiviti yang dijalankan yang seterusnya diharap akan meningkatkan pencapaian kanak-kanak ini untuk matapelajaran matematik UPSR 2009.

Dewan Masjid Bandar Sri Aman yang baru dibina pada tahun 2007 kini diguna sepenuhnya - ucaptama Residen Bahagian Sri Aman


En. Lai Kim Leong daripada Institut Perguruan Batu Lintang dan Isteri, Pn. Ling Siew Eng yang merupakan anak watan Sri Aman dan seorang pensyarah merupakan penyelaras dan fasilitator utama program ini.

Nurul Ani Atiqah seorang pelajar darjah 1 yang mengikuti program secara sukarela
cuba memahami sifir sembilan menggunakan pengiraan tangan yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar dihadapan.


Waktu untuk solat zuhur, murid beramai-ramai mengambil wudhu dan bersedia untuk solat berjemaah .


Sesi petang, aktiviti berkumpulan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan