8.10.08

SUDUT KHAS BELAJAR BLOG / ICT

Walaupun kursus telah dijalankan lebih daripada sejam, di harap sedikit sebanyak dapat memberi insight atau pandangan terhadap konsep blog dan siapa yang boleh ber'BLOG' melalui kriteria / soalan yang patut ditanya kepada setiap individu. Namun, ini tidak bermaksud orang tertentu sahaja boleh ber'BLOG'. Sesungguhnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Di samping itu, masih banyak yang perlu dipelajari dan dieksplorasi oleh individu masing-masing. Sebagai contoh, ADD GADGET atau aksesori blog yang disebut tadi. Oleh demikian, jika terdapat kemusykilan atau masalah berkaitan ICT atau BLOG, silalah menulis / menge'BLOG melalui NEW POST setelah mencipta akaun blogger masing-masing dan melabelkan post anda sebagai Masalah ICT @ Masalah Blog. Insya Allah, jika dalam pengetahuan, akan di beri penyelesaian melalui COMMENTS. Dengan cara ini, blog boleh dijadikan satu forum yang berangkaian.

Berikut merupakan ulangkaji bagaimana untuk membuat Blog Pos:-


1. Setelah mencipta akaun dan Login, anda akan melihat ruangan DASHBOARD seperti berikut



2. Di dalam ruangan DASHBOARD > Manage Blogs, lihat blog yang telah anda cipta semasa membuka akaun. Untuk kes dalam gambar di atas, terdapat dua (2) blog: Blog Staf BPP-MIS dan Music Is My Radar. Untuk mula, menyiarkan pos blog, klik NEW POST dan anda akan dibawa ke blog editor seperti berikut



3. Setelah siap menaip dan memasukkan gambar / video pada blog pos anda, klik PUBLISH POST. Kemudian anda boleh melihat pos blog anda terpapar pada blog anda untuk dibaca oleh seluruh dunia :). Pastikan label untuk pos dimasukkan untuk kemudahan pembaca untuk mengkategorikan pos anda.


Pesanan terakhir, iboh malu untuk nanyak mun sik tauk. "Malu Bertanya, Sesat Jalan".



Happy Blogging!

1 ulasan:

  1. Mun maok nak bergerak serentak dengan orang lain kinek tuk, mestilah di atas platrform yang sama - orang make ICT maka kita harus semahir orang juak. Menolak ICT bererti menolak platform dan sampe bilapun kita sik akan dapat menyambut silat dan pencak orang. Ialah macam orang berpistol kita berkeris ajak...walaupun ia keris pusaka, susah nak ngalah pistol...

    BalasPadam