14.10.08

Bicara Bahasa Lama

Assalamualaikum, ruang yang hendak diwujudkan belum ada nama khusus tetapi yang hendak diadakan ialah satu ruang bersembang-sembang perkara-perkara ringan yang tidak merungsingkan, tidak membingungkan tetapi menyeronok dari tajuk perkara pantun, bahasa, cerita-cerita lama, pengalaman masa kecik-kecik, pengajaran dalan kenakalan yang dilalui mahupun perbandingan alam dulu dengan alam anak muda kita sekarang.Seperkara lagi tiada niat hendak menyakiti mana-mana pihak atau individu. Kalau boring tengok blog yang berat-berat singgahlah di sini.Pengenalan diri: Bukan penulis mahupun penyair. Ada buat banyak pantun, syaer spontan atau puisi yang sendiri tidak tahu mengkelasifikasikan, minta tolong yang pandai-pandai nanti komen dan beri tunjuk ajar.Pesara guru tetapi lebih banyak masa berkhidmat di pejabatMinat: Seni pelbagai tetapi tidak mendalami satu-satu bidang khusus. Seni tampak, kraf tangan sedikit, lukisan.Penglibatan dalam Yayasan Budaya Melayu apabila ada kegiatan budayaPengacara majlis pengalaman entah berapa tahun?????Mungkin juga dalam ruang ini kita boleh sembang-sembang mengenai pengacaraan majlis kerana banyak yang minat dalam perkara ini.Dalam skrip sendiripun banyak pantun dan puisi instant disipta.Sedang dikompailkan dan beerhajat untuk menerbitkannya. setengah siap.Skop nak diutarakan sebagai permulaan ialah perihal Pantun, umum dan khusus pantun Sarawak. Bukan untuk membincang akademik penciptaan tetapi hanya melihat keunikan penciptaannya pada masa pantun itu wujud,memandangkan peluang bersekolah dan belajar pada enam atau tujuh puluh tahun dulu amat tiada. Tetapi yang ditatapi sekarang cukup menakjubkan dengan pengalaman harian sebagai pembayang maksudnya. Beberapa buah buku terbitan DBP dan penulis perseorangan telah diterbit. Koleksi pantun Sarawak. Seperti dinyatakan awal tadi sendiri bukan penyair atau penulis tetapi minat itu ada.Insyaallah akan dimuakan bbrp contoh nanti pantun-pantun lama yang power.Pokok bicaranyaialah dlam meneliti pembayang maksud, istilah yang digunakan dan cerita disebalik penciptaan pantun-pantun berkenaan. Kalau ada yang rasanya nak menyumbang pantun Sarawak lama sebagai intro dipersilakanlah. Maaf kerana dalam bidang blog memblog ini baru menanam cempedak di luar pagar..sedang dibimbing oleh anakanda Shahriman BPP dan of course sdr saiee driss satu nama yang tak asing lagi dalam bidang seperti ini.......tidak melupai sdr abang seruji abang muhi, tuan haji

1 ulasan:

  1. bicara lama x hal, jangan bicara basi. mun basi x dpt dimakan. jangan kata dimakan, dicium pun x kempang. apa apa pun slamat mem blog.

    BalasPadam