15.10.08

BILA KUDENGAR SUARA AZAN

Sajak Saiee Driss






bila kudengar suara azan
membelah langit kelabu
ketakutan aku
kerana terasingnya diri
dari Tuhan

bila kudengar suara azan
mesra merayu
ramah memanggil
menyeru ikhlas
aku kebingungan
dan mempersoalkan diri

aduh! betapa kerdilnya diri
sarat dengan dosa
diruntun ke hadapan kematian

bila kudengar suara azan
aku menyesal dan bimbang
bagaimana nanti bila aku sudah mati?


Kuching
1982


disiar dalam antologi 'Tuhan Kita Begitu Dekat' 1984
dan 'Makna' dalam tahun 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan