26.3.11

KERATAN BERITA: KOPERASI MASJID

Dari laman Berita Harian Online 26.3.2011

Koperasi masjid jana ekonomi


2011/03/26

KUALA TERENGGANU: Koperasi Kariah Masjid (KKM) yang dikendalikan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), bakal ditubuhkan di masjid seluruh Terengganu, sebagai usaha menjana sosioekonomi masyarakat Islam, selain mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, berkata rancangan menubuhkan koperasi berkenaan dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun ini, selepas selesai proses penerangan kepada pegawai masjid yang akan menguruskan koperasi itu.
“Kita mahu perluaskan lagi fungsi masjid bagi menjana pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya selepas mesyuarat bersama ANGKASA di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan