16.8.10

WACANA PEMIKIRAN ADI BADIOZAMAN TUAH

Datu Dr Adi bersama artis-artis bimbingannya
semasa Malam Puisi dan Lagu, 2009, di Kompleks DUN lama.


Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, PEKASA, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak telah mengadakan bengkel Wacana Pemikiran Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah di Dewan Kuliah A, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang, Kuching pada 9 Ogos 2010 sekitar jam 2.00 petang.

Acara pada petang Isnin itu sekalipun dikendalikan dalam keadaan yang singkat berjalan dengan baik dan dihadiri oleh para penulis, pensyarah, bakal guru, dan para pelajar terutama dari Sekolah Seni Kuching.

Tiga orang telah membentangkan kertas perbincangan petang itu, iaitu Dr Jeniri Amir yang membentangkan kertas sekitar Bahtera Zaman: Sumbangan Pemikiran Adi Badiozaman Tuah; Adi Badiozaman Tuah: Sasterawan Negeri Sarawak Yang bersatil oleh Abang Patdeli Abang Muhi dari DBP Cawangan Sarawak, dan Zakaria Hassan dari Universiti Swinburn membenta ngkan pencapaian dan sumbangan Adi Badiozaman Tuah dalam Perkembangan Drama dan Teater di Sarawak.

Datu Dr Haji Adi Sendiri membentanhkan makalah ringkas Perkembangan Dunia Penulisan di Sarawak.

Majlis ringkas yang merupakan yang pertama diadakan oleh penulis sejak beliau dinobatkan sebagai Sasterawa Negeri ketiga akhir tahun lalu, menjadi acara Sambutan Bulan Bahasa di institut itu merupakan secara langsung hadiah hari jadi ke-59nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan