10.2.10

Kelab BPPMIS

Mengikut mesyuarat pada petang 10 Februari 2010,  kelab BPPMIS yang ditubuhkan untuk menguruskan aktiviti riadah dan kebajikan staf akan diteruskan dengan mengfokus dua (2) sukan iaitu Badminton dan Ping Pong dan satu (1) aktiviti di bawah biro Budaya iaitu Karaoke. Dana akan dikumpul daripada staf oleh bendahari kelab secara bulanan untuk lawatan hujung tahun ke destinasi yang akan ditetapkan berdasarkan survei yang akan dibuat oleh biro Kebajikan.

Diharapkan semua staf akan memberi sokongan dan komitmen di dalam menjayakan aktiviti Kelab ini yang diharapkan bukan sahaja akan dapat merapatkan silaturrahim tapi meningkatkan motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam menjalankan aktiviti pendidikan yang telah dirancangkan.

Segala persoalan boleh diajukan kepada En. Reli @ Raili Ali yang telah menyediakan dan menjayakan proposal penubuhan kelab yang terperinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan