yang pernah sama-sama menjadi wartawan iaitu
Dr Jeniri Amir pensyarah di UNIMAS
dan Haji Openg Onn, Pengurus Operas Radio24.
Satu taklimat mengenai blog dan blogging disampaikan oleh Pegawai ICT BPPMIS, Shariman Shukarmin pada sebelah tengah hari 8 Oktober 2008 dihadiri oleh hampir semua kakitangan yang tidak bercuti.
Panjang lebar juga taklimatnya mengenai cara-cara dan alasan untuk memulakan sesebuah blog dan aktiviti blogging. Walaupun kebanyakan yang hadir merupakan para pesara yang bertugas cara kontrak di BPPMIS, namun mereka menunjukkan minat terhadap apa yang diterangkan oleh pegawai muda itu.
Saya perasan di antara yang paling berminat ialah Cikgu Dahlan Morsalin yang selama ini memang sering bertanya tentang blog saya, hanya saya terkilan kurang dapat membaca maksudnya apabila bertanya ketika itu. Maklumlah ketika itu beliau merupakan pentadbiran dan agak segan juga saya nak bercakap tentang satu aktiviti yang akan terkeluar sedikit daripada aktiviti rasmi BPPMIS pada waktu bekerja.
Bagaimanapun apabila Pengarah sendiri melihat sangkut-paut atau relevansi aktiviti itu dengan BPPMIS terutama dari segi komunikasi dan tindakan-tindakan susulan di antara kerja rasmi dengan rakan-rakan kongsi sehingga mengarah diadakan sesi taklimat dan mengajar membina blog itu, saya merasa bolehlah sekarang saya membantu membina laman blog rakan-rakan sepejabat.
Saya dapat mengesan yang Saudara Zaini juga berminat dan saya akan bantu membina blognya sedikit masa lagi.
Saya yakin aktiviti blogging ada manfaat kepada kakitangan terutama di dalam menzahirkan pandangan dan pendapat serta pengalaman mereka, kerana kebanyakannya orang veteran di dalam kerjaya mereka yang cukup berjaya sehingga dikira melayakkan mereka memohon dan bekerja di BPPMIS.
Melalui penglibatan cergas dalam aktiviti ini banyak buah fikiran mereka dapat dimanfaatkan untuk kemajuan masyarakat di dalam dan di luar tugas dan semoga daya kreatif mereka akan terus subur melalui persefahaman lebih erat apabila mereka saling memahami dan mengetahui isi hati dan buah fikiran yang bernas masing-masing hasil asahan pengalaman peribadi dan professional.
Usaha ini selari dengan kempen saya sejak sekian lama meminta golongan veteran menurunkan ilmu dan pengalaman kepada generasi muda dan masyarakat kerana generasi veteran yang bertugas di BPPMIS adalah generasi yang sempat merasa hidup sebelum zaman merdeka dan sempat menyaksikan pengisian merdeka itu dari detik awalnya sehingga 45 tahun kini.
Sebelum ini saya telah berjaya menggalakkan Penghulu Hari Awang Bujang Hamdan (http://medanabnor.blogspot.com/) dan novelis Sabin Talib (http://talibsabin.blogspot.com/) memulakan blog masing-masing dengan mengadakan kunjung ke rumah Awang Bujang. Saya juga gembira kerana sudah ada beberapa orang rakan penulis mula membuka blog.
Sebagaimana saya nyatakan dalam kertas kerja semasa Perkampungan Penulis Sarawaak 2008 saya di Mukah April lalu, saya kagum dengan para pelukis kelahiran Sarawak yang menempa nama di arena antarabangsa yang masing-masing ada lamanweb yang mempromosikan mereka ke seluruh dunia.
Saya jujga yakin dengan aktiviti blogging, rakan-rakan boleh berkunjung ke laman web rakan-rakan kongsi BPPMIS terutama anak-anak muda. Melalui blog kita dapat meninjau pandangan hidup, pendapat dan pemikiran mereka dan memberi komen terhadap isu-isu yang mereka kemukakan.
Ini pasti akan menambah baik ikatan kerjasaama di antara semua pihak.
Buat sementara selamat menyertai alam blogging kepada semua rakan. Kalau perlu saya, Shariman dan Adha dapat membantu. Jangan segan silu untuk bertanya.
Tahniah kepada Cikgu Dahlan yang sudah sempat membuka blognya http://tandakbertingkah.blogspot.com/. Apakah agaknya kelak judul blog Datu Dr Haji Adi dan Zaini Ozea, Cikgu Bolhan dan Cikgu Sulaiman? Dr Zul? Cikgu Jamil yang romantic? Agaknya lagu-lagu ciptaan Cikgu Zamahari pasti akan lebih diminati ramai kalau dipromo melalui blognya dan blog BPPMIS serta blog rakan-rakan semua.
Kita tunggulah sedikit hari lagi.
Betul, tunggu sikit tempoh gik nyaut Sdr Saiee Jamil Romantic ngepong dengan cerita-cerita romantik koboi tua. Mungkin dalam bahasa romantik, alang-alang menyulur keladi biar jadi buahnya.
BalasPadamNak nama keladi, macam ni pun keladi juak, sik dapat jadi kemalong. Kemalong mun nyulur jauhpun sik nyuruh tergaruk-garuk ... hehehehe
BalasPadam