23.10.08

Apa Cerita Hari Ini?


Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera!

Pagi ni bermula dengan hari yang kurang baik. Petang semalam, saya ingin buka akaun di RHB Bank, Jalan Kulas, Kuching, malangnya kakitangannya kata, mykad saya mempunyai masalah pada cip dimana 'chip detecter' tidak dapat mengesan maklumat peribadi di dalamnya. Dengan itu, saya terpaksa menuggu keesokkan (iaitu hari ini) untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Simpang Tiga.

Pagi ini, saya mendapat tiket ke 2007 iaitu orang yang ke-7. Tiba giliran, saya disapa mesra oleh Philome Bedra iaitu Pembantu kaunter dan menceritakan masalah saya. Setelah diperiksa beberapa kali termasuk menggunakan 'manual detecter 62' tiada masalah dengan mykad saya malah masih dalam keadaan yang baik. Saya pun memohon surat pengesahan yang mengatakan kad saya dalam keadaan baik, tapi pembantu kaunter tersebut menyuruh saya tulis surat memohon dan akan dijawab dalam masa 14 hari masa bekerja...wow! Jadi saya terus ke RHB Bank di Jln Kulas. Jam menunjukkan pukul 9.15am, pagar belum dibuka, orang ramai (kebanyakkannya warga emas) siap sedia menuggu di depan pintu masuk, saya warga yang belum emas lagi ni kena mengalah hi3.

Pintu buka sahaja saya tengok keliling dan petugas dengan tertera di bajunya "Service Focus" tapi bila saya menyapa beliau masih tidak fokus lagi kemungkinan tengah berserabut dengan kerja yang berlambak atas mejanya. Saya menceritakan semula apa yang berlaku semalam, dan beliau masih mengingatinya..Alhamdulillah..fokusnya sudah kembali. Yang tidak baiknya berlaku salah faham dan perang mulut diantara kami berdua selepas itu, dimana saya akan post kan ceritanya tidak lama lagi bersama dengan beberapa masalah dengan Petugas Kaunter di Malaysia di blog saya malaysiahospitality.blogspot.com .

Saya terus balik ke pejabat, masuk sahaja pejabat..wow! (terkejut lagi), berhampiran tingkap pejabat ditakungi air yang agak banyak (sila lihat gambar). Terima kasih kak Habibah kerana mengeringkan takungan air tersebut. Nasib baik air tersebut 'cerdik', ia tidak menghampiri 'extension wire' yang berhampiran.

Selepas itu, pergi ke pejabat bawah duduk-duduk sambil melakukan kerja-kerja yang akan dibawa ke Telaga Air yang akan bermula pada 25 hingga 27 Oktober 2008 iaitu Kursus Memperkasa Kepemimpinan (Pemimpin Pendidikan - Kum II).

Datanglah Abg Mawi dan Sidek membawa durian..alahai...poning kepala den eh..lalu penin palak kamek oleh nya..nang alergik dari dolok gk..sik dapat cium baunya yang terlalu harum apa gik nak makan. Rugi sik dapat makan raja segala raja buah ya.

Akhir sekali, itu sahaja cerita saya hari ini, diharap blog BPPMIS ini dapat memberi ruang dan peluang kepada saudara dan saudari menyatakan cerita anda tanpa sempadan.

Jumpa gik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan