30.3.09

Kisah Kasut!


“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” Jerit Muntazer Al-Zaidi wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah, lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq”

Tetapi Bush berjaya mengelak menundukkan kepalanya dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin, manakala kasut kedua tersasar. “.. saiz no 10” Katanya sambil bergurau, walaupun disahut oleh beberapa orang saja.. dan akhirnya Muntazer segera dihukum oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. (Anda boleh lihat juga dalam Youtube..)

Apakah kata-kata ‘saiz no 10’ itu sebagai kata simbolik , di mana orang yang melempar itu adalah bukan kanak-kanak atau orang yang sudah besar?
(Petikan dari catatan Santai Ibnu Hasyim)

Mungkin anda semua pernah mengalami kisah kasut. Ada yang dicuri, hilang, koleksi kasut,kasut sekolah, kasut untuk ke pejabat dan sebagainya. Kasut merupakan alas kaki yang amat penting dalam pakaian yang lengkap atau "full attire". Zaman sekolah saya dahulu, pakaian seragam tidak akan dikira seragam tanpa kasut dan stoking bewarna putih. Jika tidak hukumannya pasti berdiri atas kerusi mahupun di tengah padang, ia bergantung kepada situasi semasa.

Begitu juga ditempat kerja, kasut adalah elemen pakaian yang penting ke pejabat. Sudah lengkap dengan bertali leher, kemeja lengan panjang yang dibutangkan dari atas ke bawah hingga ke tangan, berseluar 'slack' tapi menggunakan sandal atau selipar maka nampak ganjil dan janggal lah pemakaian tersebut.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah kasut yang simbolik untuk kita ceritakan, mungkin anda boleh berkongsi dengan mengirim artikel anda. Bak kata pepatah, yang baik kita amalkan, yang buruk kita sempadankan.

Penutup kata: Mana kasut saya yang sebelah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan