16.6.09

Kem Motivasi Jati Diri di East Valley Serian






8 Mei 2009 jam 2.00 petang seramai 12 orang fasilitator dipilih dan diketuai oleh Saudara Abdul Muntaqim b Zulkipli.

Selesai pendaftaran kesemua fasilitator diberi taklimat mengenai program yang bakal dijalankan. Aktiviti pengenalan diri masing-masing sehinggalah berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dibuat sehinggalah jam 1 pagi.

29 Mei 2009 jam 2.30 petang peserta-peserta dari Kampung Tambirat, Kampung Pinang, Kampung Meranek, Kampung Tanjung Bundang, Kampung Sg Mata dan Kampung Kuap Samarahan menggunakan van sewa untuk sampai ke kem. Mereka kelihatan teruja apabila sampai ke kem yang dikelilingi oleh alam semulajadi yang masih menghijau ini.

30 Mei 2009 seawal jam 8.00 pagi aktiviti-aktiviti seperti pemandu pelancong, x-plorace dan halangan-halangan menguji mental dan fizikal para peserta.

31 Mei 2009 selepas bersarapan En Isham dari Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS / iCATS) memberi penerangan mengenai tawaran melanjutkan pelajaran di dalam bidang kemahiran. Para peserta kelihatan berminat, pelbagai soalan ditujukan.

Jam 1.45 petang para peserta kelam kabut sedikit untuk menyediakan acara penutupan majlis yang akan disempurnakan oleh Encik Sulaiman Saihk Abdul Kadir, Pegawai Penyelidik Kanan Bahagian Pendidikan Am Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Beliau menyampaikan sijil kepada semua peserta tanda tamatnya kursus tersebut.

Jam 3.00 peserta berlepas balik ke kampung halaman masing-masing dengan pengalaman manis mereka selama di Kem East Valley Serian.

Saya terus pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan ke Miri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan