25.5.09

Ragam Warga BPPMIS di Star Bowl BDC..

duduk dari kiri: Sidek, Shahriman, Salina, Noraida dan Mala
berdiri dari kiri: Datu Haji Adi, adik Nur Aziah, Yaakub dan Cikgu Sulaiman (jurufoto Adha he3)

Mawi bersedia melakukan 'strike'. Kelihatan Yaakub kebingungan untuk berada dikedudukan 'oncit'

Sesi bergosip bowling siapa selalu masuk 'longkang'

Siapa? Gaya seorang profesional..bola kelihatan di tengah akan tetapi akhirnya ke longkang jua..
Muhsin jangan marah..he3

Pada Khamis yang lepas iaitu 21 Mei 2009, warga BPPMIS mengadakan akitiviti riadah yang juga merupakan latihan bermain bowling di Star Bowl BDC. Latihan ini adalah untuk persediaan menghadapi pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Islam Sarawak pada 29 dan 30 Mei 2009 kelak.

Latihan yang diusahakan oleh Hj Abg Wahed Abg Muzi dan juga Salina ini membuahkan bakat-bakat yang terpendam dikalangan warga. Walaupun pada awalnya lebih banyak bola masuk dalam ‘longkang’ lorong bowling dari mengenai ‘pin’ namun semangat tidak mengenal malu dan kesukanan haruslah dipuji.

Datu Haji Adi Badiozaman memulakan permainan dengan baik sambil disaingi oleh Sidek yang kelihatan lebih berpengalaman dalam sukan ini. Markah diskrin kelihatan masih di bawah 100 walupun sudah bermain dalam 9 permainan dalam set pertama.
Dr Haji Zulwali sempat hadir menyaksikan kami yang masing-masing memberi perhatian penuh untuk ‘strike’. Mawi Berjaya menarik perhatian dengan melakukan beberapa ‘strike’, sambil disaingi oleh Shahriman dan Yaakub. Mereka bermain seolah-olah sik mauk nombor encit.

Di lorong yang lain pula, kelihatan Normala sering terlepas bola sebelum membaling, mungkin gemuruh agaknya. Manakala Noraida dan Salina lebih menyorak Habibah yang sedikit ‘low profile’ pada petang tersebut.

Tidak ketinggalan Encik Zaini Oje bersemangat untuk belajar teknik yang betul dari saya yang tidak bertauliah mengajar sukan ini..hentam sajalah..Begitu juga kehadiran Puan Dahlia (isteri kepada Haji Abg Wahed) yang lebih berbakat dari suaminya, gurau saja..dan adik Nur Aziah yang ramah menyokong setiap warga BPPMIS dengan karenah masing-masing.

Akhir kalam, agar aktiviti sebegini menjadi riadah tetap warga BPPMIS dimasa akan datang untuk menjalinkan lebih erat hubungan silaturrahim serta menyihatkan minda dari beberapa tekanan ditempat kerja. Kami sempat merakam gambar sebagai kenangan menamatkan sesi riadah dan ucapan terima kasih di atas sokongan Datu Haji Adi dan juga penyumbang untuk latihan pada petang tersebut.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan